Habib Berniaga Dunia Akhirat

By:
Categories: Sejarah
No Comments

Habib Muhammad bin Muhammad Al-Attas (Habib Dua Kali)

Habib Berniaga Dunia Akhirat

Written by : Sayed Murtadha

 

Habib Muhammad bin Muhammad Al-Attas dilahirkan di kota Huraidhah, Hadramaut, Yaman Selatan pada Tahun 1860 M / 1280 H . Habib Muhammad bin Muhammad lahir dari pasangan Habib Muhammad bin Ahmad Al-Attas dan Nurhammuda. Habib Muhammad mendapat pendidikan agama islam sejak kecil (Ilmu Fiqih, Ilmu tafsir, Ilmu hadist, dll) dan sudah mampu menghafal Al-Qur’an.

Pada usia 16 tahun, habib Muhammad bin Muhammad berhijrah ke Johor (Malaysia) bersama dengan Habib Mukhsin bin Muhammad Al-Attas. Sebelum hijrah ke johor, beliau singgah ke Aden, Pakistan, India dan baru ke johor. Habib Muhammad dan Habib Mukhsin (abang beliau) datang ke johor bersilaturrahmi dengan Datok Habib Hasan Al-Attas.

Habib Muhammad bin Muhammad memiliki 4 Orang Saudara, yaitu : Ahmad masuk Batavia (Jakarta) dan meninggal disana, Abdullah (Huraidhah), Mukhsin (masuk Singapore dan meninggal disana), dan Abdurrahman ( masuk Pekalongan dan meninggal di Idi (Aceh).

Habib Muhammad bin Muhammad masuk Medan diperkirakan pada tahun 1906 M, beliau menuju ke Idi (Aceh Timur), di Idi beliau berjumpa dengan Habib Husen bin Abdurrahman Al-Attas. Tujuan beliau ke Idi untuk berdagang. Beliau diperkenalkan dengan seorang tokoh alim ulama Idi yang bernama Habib Shafi bin Ahmad Al-Habsyi atau yang lebih dikenal sebagai Habib Keuramat Idi.

Habib Shafi mengawinkan Habib Muhammad bin Muhammad dengan seorang wanita berketurunan arab yang bernama Siti Asiah Bafadel. Hasil perkawinan ini dianugerahkan 7 orang anak yaitu : Alluyyah (bersuamikan Muhammad bin Agil Al-Attas), Khadijah ( bersuamikan Yahya Al-Mahdali), Raguwan ( bersuamikan Abdurrahman Kabul), Nur ( bersuamikan Alwi bin Salim Al-Qadri), Abdurrahman (Dua isteri, yang pertama Sy.Rahmah Al-Habsyi & Buk Jur), Ja’far ( isterinya Sy.khadijah), dan Hamid (Isterinya Fatmah Zubaidi ).

Habib Muhammad bin Muhammad berkawin lagi dengan Syarifah Asiah binti Habib Hasyim Al-Kaff ( Habib Hasyim AL-Kaff berasal dari Palembang) mempunyai 8 orang anak yakni : Ali (isterinya Zahra Al-Qadri), Husein (Isterrinya Syifa’ Al-Kherid), Muznah (bersuamikan Habib Husen bin Abdillah Al-habsyi), Alwi (isterinya Sy.Maimunah Al-Kherid & Sy.Radiah Assegaf), Ramlah ( Bersuamikan Habib Ahmad bin Muhammad Al-Mahdali), Abdullah (meninggal waktu kecil), Habib Hasan (isterinya Syarifah Aminah binti Ahmad Bil Faqih (meninggal dunia) dan Habib Hasan kemudiannya bernikah lagi dengan Syarifah Bahjah binti Abdullah Al-Attas) dan Zainab ( bersuamikan Abdurrahman bin Husen Al-Attas).

Menurut keterangan Habib Hasan bin Muhammad Alatas (81 tahun), anak dari Habib Muhammad bin Muhammad Alatas menjelaskan bahwa ayah beliau adalah seorang pedagang kain yang sering pulang pergi ke Singapore, Pulau Pinang tanah Jawa untuk berniaga hingga usia beliau 40 tahun. Pada saat usia beliau lebih 40 tahun, Habib Muhammad bin Muhammad berhenti berniaga dan lebih menfokuskan diri pada bidang dakwah melalui membuka pengajian di rumahnya di daerah Idi Rayeuk, Aceh Timur. salah satu anak beliau yang mengikuti jejaknya adalah Habib Hasan bin Muhammad Alatas yang kini bermukim di Malaysia, beliau adalah seorang pendakwah. Habib Muhammad bin Muhammad meninggal pada usia 97 tahun di Idi Rayeuk, Aceh Timur.

Allah Yarham Habib Muhammad bin Muhammad al-Attas ramai murid beliau yang telah menjadi pemimpin masyarakat antaranya Habib Ahmad bin Husein Alattas yang menjadi Ketua Keturunan Arab di Idi Aceh Timur, habib Ahmad bin Muhammad (menantunya), Habib Muhsin bin Umar Alattas pendiri pondok pasantren al-Khairat Malang Jawa Timur, dan Tengku Hasan Ketapang Mameh. Allah yarham juga menulis beberapa kita agama tentang Syariat Islam, akhlak, tasauf, hal ini dapat anda ikuti dalam website Shiar Islam: www.shiar-islam.com.

Beliau berpesan kepada semua keturunannya supaya senantiasa menjadi manusia yang berguna dan senantiasa berkhidmat mengikuti jejak langkah Rasulallah SAW, Sahabat dan Alulbaitnya serta memberikan contoh teladan yang baik, mengikut al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Habib Muhammad bin Muhammad Al-Attas